Monday, January 23, 2012

Kerja Tatabahasa Untuk 30 Januari 2012

Salin ayat-ayat di bawah ini semula dengan menggunakan tanda baca yang betul.

1.mana beg pakaian azlan tanya ayahnya selamba

2.mengapa ibu mengalirkan air mata apakah yang ibu rungsingkan kakak inginkan kepastian

3.tidak lama lagi mungkin pemborong akan datang untuk mengambil sayur sayuran itu kata datuk

4.wahai anakku dengarlah nasihat gurumu kelak kau akan menjadi insan yang berguna nasihat ibu

5.sempena ulang tahun saya yang ke12 baru baru ini ayah menghadiahi saya sebuah basikal lerun

Soalan Pemahaman.

Kerja untuk isnin 30.Januari 2012

Mak Limah tersenyum puas dan bangga. Setelah bertahun-tahun belajar dan kini bergelar siswazah, susah payah Mak Limah selama ini terbalas dengan kejayaan Azman. Itulah hadiah yang tidak ternilai dapat diberikan oleh seorang anak kepada ibunya.
Memang patut Mak Limah berasa bangga. Lebih-lebih lagi Azman merupakan orang pertama berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Sudah tentu kejayaan ini menjadi dorongan kepada anak-anak kampung tersebut untuk mengikuti jejaknya.
Selama empat tahun Azman belajar, selama itulah Mak Limah bertungkus lumus dan sentiasa mengikat perut demi masa hadapan anaknya itu. Namun demikian, kegembiraan Mak Limah sekejap sahaja. Ia berasa kecewa apabila mengetahui bahawa Azman tidak mahu mengerjakan kebun kelapa sawit peninggalan arwah suaminya.
“Apa guna kebun kelapa sawit itu jika tidak dikerjakan? Bukankah kamu lulusan dalam bidang pertanian? Sesuai benarlah kerja itu dengan kamu,” kata Mak Limah memberi penjelasan panjang lebar kepada anaknya.
“Azman lepasan universiti, ibu. Bertahun-tahun Azman memerah otak. Takkan Azman hendak bermandi peluh di kebun kelapa sawit itu pula. Lagipun apa pula kata orang kampung nanti,” kata Azman kepada ibunya. “Mengapa? Hina sangatkah kerja-kerja itu? Kalau kena caranya, kerja-kerja itu akan memberikan pulangan dan pendapatan yang lumayan kepada kita,” Mak Limah terus menasihati anak kesayangannya itu.
Namun, Azman tetap dengan pendiriannya. Dia pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Setelah tiga bulan di sana, Azman gagal mendapat sebarang pekerjaan yang diimpikannya. Kepayahan hidup yang dialami di ibu kota banyak mengajar Azman erti kehidupan. Dia terkenang akan ibunya di kampung. Timbul rasa keinsafan di sanubarinya. Segala kata ibunya terngiang-ngiang kembali di telinganya.
Azman bertekad untuk pulang ke kampung. Dia sedar akan kesilapannya yang lalu dan kata-kata ibu ada benarnya. Dia berazam untuk mengusahakan kebun kelapa sawit peninggalan arwah ayahnya. Dia ingin menjadi petani moden yang berjaya.

1.Apakah gambaran watak yang paling sesuai diberikan kepada Mak Limah dalam perenggan pertama petikan di atas?

2.Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan “jejaknya” dalam petikan yang diberikan?

3.Apakah yang memungkinkan Azman mengambil keputusan untuk pulang ke kampung?

4.Apakah nasihat mak Limah kepada Azman?

5.Apakah pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan tersebut?

Friday, January 20, 2012

Latihan semasa Cuti Tahun Baharu Cina

Untuk Murid Tahun 6 SKRP 2012

Jawap soalan di bawah. Salin dalam buku bahagian C.

Nyatakan lima pengajaran berdasarkan petikan di bawah.

Apabila balik dari sekolah, Suraya mengeluarkan buku-buku teks barunya dari beg. Kakaknya berkata, �Biar kakak tolong kamu balut buku-buku itu,� Suraya menjawab, �Terima kasih kasih, kak. Biar saya yang membalut buku-buku ini.�

Suraya merupakan anak yang suka menolong ibu bapa dan ahli keluarganya. Suraya selalu menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk,melipat kain dan mengemas rumah. Suraya juga membantu ayahnya mencuci kereta.

Setiap pagi sebelum mandi, dia akan mengemas bilik tidurnya supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas,kukunya dipotong dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaian.

Pada hari minggu,suraya dan keluarga selalu bersama-sama membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.

Sunday, January 15, 2012

Bina lima ayat lengkap berdasarkan gambar di bawah



Kata kunci:
1.___________________
2.___________________
3.___________________
4.___________________
5.___________________

Ayat:

1._____________________________________________

2._____________________________________________

3._____________________________________________

4._____________________________________________

5._____________________________________________

Bina lima ayat lengkap berdasarkan gambar di bawah





1._________________________________________________________

2._________________________________________________________

3._________________________________________________________

4._________________________________________________________

5._________________________________________________________

( 10 Markah )

Latihan dan nota bahagian C

Tulis beberapa nilai murni/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Apabila balik dari sekolah, Liza mengeluarkan buku-buku barunya dari beg. Kakaknya berkata, “Biar kak tolong kamu balut buku-buku kamu itu.” Liza menjawab, “Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini.”

Liza merupakan anak yang suka menolong ibu dan ahli keluarganya yang lain. Liza selalu menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk, melipat kain dan mengemas rumah. Liza juga membantu ayahnya mencuci kereta.

Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik tidurnya supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya.

Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.

LANGKAH 2:
Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat yang menunjukkan amalan
baik, nilai murni , faedah atau pengajaran.

Apabila balik dari sekolah, Liza mengeluarkan buku-buku (kerajinan) barunya dari beg. Kakaknya berkata, “ Biar kak tolong kamu balut buku-buku kamu itu.” Liza menjawab, “Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini.”(berdikari)

Liza merupakan anak yang suka menolong ibu (tolong-menolong) dan ahli keluarganya yang lain. Liza selalu menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk, melipat kain dan mengemas rumah. Liza juga membantu ayahnya (tolong-menolong) mencuci kereta.

Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik tidurnya supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri.(kebersihan fizikal dan mental) Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong (berdisiplin) dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya.

Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah (bekerjasama) dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.

LANGKAH 3:
Tulis semula nilai murni / amalan baik dengan memberi contoh ayat
yang terdapat di dalam petikan

- Liza mengeluarkan buku-buku barunya dari beg (kerajinan)
- Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini (berdikari)
- Suka menolong ibu. membantu ayahnya mencuci kereta (tolong-
menolong)
- Menjaga kebersihan diri (kebersihan fizikal)
- Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong (berdisiplin)
- Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah
(bekerjasama)


LANGKAH 4:
Tulis semula maklumat yang disusun dalam bentuk perenggan

Liza seorang budak yang baik. Sikapnya yang rajin menolong ahli keluarganya patut kita contohi. Dia juga sentiasa berdikari kerana tidak mengharapkan bantuan daripada orang lain, malah dia sendiri yang melakukannya. Banyak kerja rumah yang telah dilakukannya tanpa suruhan sesiapa. Dia juga tidak suka pada keadaan yang kotor dan tidak teratur. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri. Dia mengemas bilik tidurnya dengan rapi apabila bangun dari tidur. Rambutnya diikat kemas dan kukunya yang dipotong rapi menunjukkan dia seorang yang berdisiplin. Pada hari minggu, Liza dan keluarganya bekerjasama membersihkan rumah. Rumah mereka yang sentiasa bersih dan ceria membuatkan jiran-jirannya menyukai mereka sekeluarga.

Tafsiran Nilai Murni:

BAIK HATI
- Belas kasihan (Bersimpati terhadap kesesusahan orang lain)
- Bertimbang rasa (Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila
membuat sesuatu tindakan)
- Murah hati (Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang
memerlukannya)
- Saling memahami (Sanggup memberi dan menerima pandangan serta
memahami perasaan dan keperluan masing-masing)
- Saling bermaafan (Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan)

BERDIKARI
- Berupaya bertindak sendiri (Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa
mengharapkan orang lain)
- Yakin pada diri sendiri (Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup
mencuba)

HEMAH TINGGI
- Kesopanan (Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan)
- Mengakui kesalahan sendiri (Sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta
sanggup menerima nasihat)
- Ramah mesra (Sedia bergaul mesra dengan semua orang)

HORMAT-MENGHORMATI
- Ibu bapa (Memuliakan dan mentaati ibu bapa)
- Ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin
(menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi
layanan yang baik)
- Institusi kerajaan dan Negara (Menerima dan hormat kepada kerajaan
serta lambang-lambang kebesaran negeri)
- Kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan (Menghormati
kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia)
- Patuh kepada undang-undang negara (Mematuhi undang-undang yang telah
ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada)
- Patuh kepada ketepatan masa (Menepati waktu dan menggunakan masa
dengan berfaedah)

KASIH SAYANG
- Sayang diri sendiri dan orang lain (Menyayangi diri sendiri dan orang lain)
- Sayang akan alam sekitar (Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan
fauna untuk kesejahteraan hidup)

KEADILAN
- Adil (Membuat pertimbangan secara objektif, menyeluruh dan bersesuaian)
- Saksama (Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama
ada dalam memberikan ganjaran atau hukuman)

KEBEBASAN
- Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan
undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti,
masyarakat, negara dan agama

KEBERANIAN
- Berani mencuba (Berani melakukan sesuartu perkara yang baru dan
mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil risiko
yang akan dihadapi)
- Berani kerana benar (Berani mempertahankan sesuatu yang diakui
sebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata)

KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL
- Kebersihan diri (Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu
untuk hidup sihat)
- Kebersihan persekitaran (Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan
bebas daripada kekotoran dan pencemaran)
- Kebersihan mental (Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu
diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain)

KEJUJURAN
- Amanah (Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan
dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain)
- Bercakap benar (Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah
atau berselindung)
- Ikhlas (Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan)

KERAJINAN
- Daya usaha (Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan
inovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti)
- Dedikasi (Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara
yang berfaedah)

KERJASAMA
- Gotong-royong (Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan
sukarela)
- Toleransi (Bertolak ansur serta dapat mengawal diri untuk mengelakkan
berlakunya perselisihan)
- Perpaduan (Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga,
masyarakat, negara dan antarabangsa)

KESEDERHANAAN
- Pertuturan dan perlakuan yang sederhana (Bertutur dan berkelakuan yang
tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan
kemarahan orang lain)
- Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan
orang lain (Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya Memuaskan diri
sendiri dan orang lain)

KESYUKURAN
- Berterima kasih (Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan
penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan dan pemberian)

PATRIOTISME
- Semangat cintakan negara (Mempunyai semangat yang tinggi untuk menjaga
keselamatan, nama baik negara)

RASIONAL
- Membuat pertimbangan (Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu
perkara sebelum membuat keputusan)

SEMANGAT BERMASYARAKAT
- Bermuafakat (Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu
pekerjaan bagi kepentingan bersama)
- Kejiranan (Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama
dengan jiran tetangga)
- Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat (Menyedari masalah
masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya.

Bina lima ayat lengkap berdasarkan gambar di bawah

Bina lima ayat lengkap berdasarkan gambar di bawah.

Bahagian A bahasa Melayu Penulisan

Panduan Menjawab (Mentafsir Bahan Grafik)

1.0 Pengenalan
Hanya satu soalan bergambar / ilustrasi dikemukakan. Bagi menjawab soalan
ini, dicadangkan langkah-langkah berikut:

1.1 Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan
- Baca soalan dan fahami arahannya.
- Anda dikehendaki menulis lima ayat lengkap berdasarkan situasi atau
keadaan / aktiviti dalam bahan ilustrasi yang diberi.

1.2 Memahami / meneliti situasi atau keadaan
- Sama ada bahan ilustrasi itu gambar tunggal atau bersiri, anda perlu
melihat dan memastikan perkara / situasi / keadaan yang terdapat
dalam gambar / ilustrasi.
- Catat perkara itu berdasarkan yang tersurat / nyata atau dilihat.
- Masa yang dicadangkan untuk memahami situasi gambar ialah 3 minit.

1.3 Menulis ayat yang lengkap
- Ayat yang ditulis hendaklah lengkap.
- Satu perkara / keadaan / aktiviti ditulis dalam satu ayat.
- Masa yang dicadangkan untuk menulis ayat ialah 5 minit.

1.4 Menyemak
- Semak, sama ada ayat yang ditulis benar-benar berdasarkan perkara /
keadaan / aktiviti yang terdapat dalam gambar / ilustrasi.
- Pastikan ayat yang ditulis mengikut struktur, selain ejaan, tanda baca
dan pemilihan kata yang betul.
- Masa yang dicadangkan bagi menyemak ialah 2 minit.


2.0 Panduan Umum Menjawab Soalan

2.1 Teliti Bahan
- Teliti gambar yang terdapat dalam soalan
- Kenal pasti tema / tajuk yang diberi
- Kesan aktiviti / perlakuan yang terdapat dalam soalan
- Tulis aktiviti- aktiviti yang ada pada gambar

2.2 Membina Ayat
- Bina lima ayat (nomborkan 1-5).
- Bina ayat-ayat tentang maklumat tersurat.
- Membina ayat-ayat tersirat sebagai pelengkap atau ayat utama.
- Kelima-lima ayat anda berdasarkan kepada maklumat yang ada pada
bahan grafik.
- Boleh menamakan watak.
- Susun ayat mengikut keutamaan isi.

2.3 Struktur Ayat
- Ayat yang jelas menggambarkan maklumat yang hendak disampaikan.
- Ayat yang dibina hendaklah ayat yang gramatis.
- Membina ayat tunggal atau ayat majmuk.
- Ayat anda berdasarkan kepada maklumat tersurat sahaja.
- Ayat daripada isi tersirat mesti ada pertautan dengan bahan grafik

2.4 Menyemak Semula
- Semak dengan membaca semula ayat.
- Tulisan anda hendaklah jelas dan kemas.

2.5 Teknik Semasa Menjawab Bahan Grafik
- Kenal pasti kata kerja & kata adjektif dalam gambar.
- Tulis kata kerja & kata adjektif dalam gambar. (Kertas soalan)
- Menulis sebanyak mungkin kata kerja & kata adjektif

2.6 Isi Tersurat dan Isi Tersirat
- Perkara-perkara atau aktiviti yang terdapat atau yang dapat
dilihat dengan jelas dalam gambar dikenali sebagai maklumat tersurat.
- Idea-idea yang berkaitan atau yang boleh dikaitkan dengan gambar
dikenali sebagai maklumat tersirat.

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN B KARANGAN

Panduan Menjawab Soalan Karangan

Tiga soalan karangan dikemukakan. Anda dikehendaki memilih satu soalan sama
ada Soalan 1, 2 atau 3. Bagi menghasilkan karangan yang baik, anda perlu
merancang karangan anda terlebih dahulu. Berikut cadangan langkah-langkah
yang perlu dilakukan sebelum dan selepas menulis karangan.


1. Baca dan fahami kehendak atau pertanyaan soalan
- Baca soalan dengan teliti, fahami kehendak atau arahannya.
- Bagi sesetengah soalan, ayat pertama atau ayat kedua adalah maklumat
situasi, manakala kehendak atau arahan soalan adalah ayat terakhir
- Hindari sikap terlalu gopoh.

Sebagai contoh, perhatikan soalan berikut:
Sekolah kamu menganjurkan kejohanan olahraga. Tuliskan sebuah karangan yang menggambarkan suasana di kejohanan tersebut.

Ayat pertama maklumat atau situasi, manakala ayat kedua kehendak soalan. Amati kehendak soalan dan jawab apa yang ditanya. Perkara lain yang berkaitan dengan situasi dan kehendak soalan juga boleh dimasukkan bagi menghasilkan sebuah karangan yang lebih menarik.Perkara-perkara yang tiada kaitan elakkan sama sekali.


2. Merangka atau mencatat isi-isi penting karangan
- Rangka karangan hendaklah dibuat berdasarkan tiga bahagian Iaitu:
a. Pengenalan / pendahuluan
b. Isi ( memadai tiga isi ) beserta huraian dan contoh
c. Penutup

3. Menulis karangan lengkap berdasarkan kerangka atau isi-isi
penting karangan
- Panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
- Perenggan pertama pendahuluan, perenggan kedua, ketiga dan keempat
isi dan perenggan akhir penutup.
- Setiap isi hendaklah disertakan dengan huraian dan contoh.

4. Semakan
- Pastikan struktur ayat, ejaan, tanda baca dan kosa kata yang digunakan
betul dan tepat.
- Pastikan setiap isi disertakan huraian dan contoh.


Langkah Menjawab Bahagian B

- Baca ketiga-tiga soalan yang disediakan dan cuba fahami kehendak soalan.
- Pilih satu sahaja soalan yang paling mudah. (Mudah mencari isi. Gunakan
panduan / cara / petua mencari isi yang telah dipelajari)
- Bina kerangka karangan atau peta minda semasa mencari isi.
- Tulis karangan mengikut format yang betul dengan :
- Jelas dan terang
- Ayat yang gramatis dan struktur ayat yang betul
- Ejaan dan tanda baca yang betul
- Susunan cerita yang menarik

- Elakkan cerita-cerita yang tidak berkaitan dengan isi atau kehendak soalan.
- Semak semula dengan teliti untuk memastikan tiada kesalahan ejaan, tanda
baca, struktur ayat dan imbuhan yang digunakan.

Strategi menulis karangan

Pendahuluan
- Jangan tulis lebih daripada satu peranggan
- tepat
- jelas
- 2/3 ayat sahaja
- teruskan bicara tentang tajuk
- jangan libatkan isi

- Pendahuluan hendaklah ditulis dalam satu perenggan sahaja. Bahagian ini
- Juga hendaklah menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan tajuk.
- Pendahuluan yang baik dapat menerangkan seluruh isi yang akan anda tulis
dalam karangan.
- Pendahuluan sesebuah karangan hendaklah pendek, ringkas dan padat.

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN C

BAHAGIAN C
Kelemahan Pelajar

a)Tidak memahami kehendak soalan
b)Menyalin semula ayat berdasarkan petikan
c)Tidak dapat mengenal pasti nilai2 murni
d)Mengulas cerita yang di beri ,tidak membuat ulasan tentang nilai
e)Nilai murni yang tidak berkaitan dengan petikan.Hanya nilai murni yang dihafal\diketahui sahaja.
f)Banyak kesalahan dalam aspek bahasa
Kelemahan2 Pemeriksaan Guru

1.Menggunakan satu jenis penandaan sahaja untuk kesalahan2 bahasa berlainan.
2.Menggunakan satu tanda (\) panjang lalu diberikan markah.
3.Tidak meletakkan penandaan bagi kesalahan yang dilakukan oleh pelajar.
4.Penandaan bagi idea2 yang diberikan oleh pelajar tidak ditandakan dengan tepat.
5.Masih menggunakan kaedah analitik dalam penandaan.
6. Markah yang diberikan oleh pelajar tidak digenapkan.
7.Kurang tepat menentukan kesalahan dalam aspek tatabahasa.
Contohnya,antara kesalahan struktur ayat dengan penggunaan perkataan.
8.Markah yang diberikan kurang tepat,sama ada terlalu tinggi\terlalu rendah untuk bahagian C.
Teknik Menjawab Bahagian C

Sebelum Menjawab

1.Baca &faham arahan soalan.

a)Tulis lima nilai murni atau pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan atau puisi.

b)Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.

c)Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
2.Mencatat nilai murni\pengajaran\amalan yg baik

a)Baca petikan atau puisi yang diberi secara keseluruhan dan cuba faham isi kandungannya.

b)Baca petikan atau puisi yang di beri secara ayat demi ayat dan gariskan ayat \rangkaikata yang mempunyai nilai2 murni.

c)Jika terdapat nilai yang negatif,jadikan nilai itu kepada positif.

Contoh:bangun lewat-bangun awal
3.Senaraikan nilai murni seberapa banyak yang dapat (melebihi 5 nilai murni)
4.Memahami nilai yang tersurat dan tersirat.
5.Elakkan membuat ulasan dalam bentuk cerita.
6.Hanya nilai positif yang terdapat dalam petikan sahaja diterima.
7.Elakkan\jangan menyalin semula petikan kerana ini menyebabkan aras penskoran akan turun.
SEMASA MENJAWAB

1.Berpandukan nilai2 murni yang telah dicatat,tulis jawapan dengan menggunakan ayat sendiri dan cuba gunakan penanda wacana yang sesuai untuk membina ayat yang gramatis.

2.Ulasan hendaklah tulis dalam satu perenggan sahaja.

3.Elakkan\jangan menyalin semua perenggan kerana ini menyebabkan aras penskoran akan turun.

4.Peribahasa atau kata hikmat tidak perlu di masukkan.

5.Kemukakan lebih daripada 5(lima) nilai\pengajaran.

6.Ulasan tidak perlu terlalu panjang.Satu nilai memadai dengan satu ayat sahaja.

7.Hanya nilai positif yang terdapat dalam petikan sahaja di terima,
CONTOH LATIHAN

Apabila balik dari sekolah, Suraya mengeluarkan buku-buku teks barunya dari beg. Kakaknya berkata, �Biar kakak tolong kamu balut buku-buku itu,� Suraya menjawab, �Terima kasih kasih, kak. Biar saya yang membalut buku-buku ini.�

Suraya merupakan anak yang suka menolong ibu bapa dan ahli keluarganya. Suraya selalu menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk,melipat kain dan mengemas rumah. Suraya juga membantu ayahnya mencuci kereta.

Setiap pagi sebelum mandi, dia akan mengemas bilik tidurnya supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas,kukunya dipotong dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaian.

Pada hari minggu,suraya dan keluarga selalu bersama-sama membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.
Nilai murni atau pengajaran

1. Menjaga keselamatan buku
2. Memberi bantuan/tolong-menolong
3. Berdikari dengan membuat sendiri
4. Rajin membantu keluarga
5. Menjaga kebersihan
6. Mengisi masa lapang
Nilai-nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas ialah kita hendaklahmenjaga keselamatan buku dengan membalut buku. Selain itu kita mestilah mengamalkan sifat pemurah dengan memberikan bantuan dan bekerjasama antara satu sama lain. Seterusnya,kita haruslah menjaga kebersihan diri dan persekitaransupaya kelihatan bersih dan ceria.Di samping itu, kita seharusnya menolong ahli keluarga untuk meringankan bebanan mereka. Di samping itu juga,kita sepatutnya tidak membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah. Akhir sekali, kita sepatutnya menjadi seorang insan yang bertanggungjawab kepada diri dan keluarga.
CONTOH LATIHAN BANTU LULUS

Azman mencapai lastik yang baru dibuatnya lalu terus keluar dari rumahnya.Ibunya berkali-kali melarangnya namun dia tetap berdegil.

Nilai murni/pengajaran :menghormati ibu bapa

Ulasan :kita hendaklah sentiasa menghormati ibu bapa dan mematuhi nasihat yang diberikan kepada kita.

Thursday, January 12, 2012

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN A

1. Dalam bahagian A, calon akan diberikan gambar tunggal atau bersiri yang

menunjukkan peristiwa,situasi,aktiviti,amalan, jadual, peta atau lain-lain yang

besesuaian.

2. Calon diminta membina lima (5) ayat sahaja yang berkaitan dengan gambar.

3. Keseluruhan jawapan memperuntukkan 10 markah

4. Masa yang dicadangkan 15 minit.


Sebelum Menjawab.

1. Fahami arahan soalan, buat ayat berdasarkan arahan soalan sama ada ;

a) Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar.

b) Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam

gambar.

c) Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

d) Tuliskan amalan gaya hidup sihat yang terdapat dalam gambar.

2. Bagi arahan soalan yang berkehendakkan aktiviti (1b), ayat hendaklah

disempurnakan dengan aktiviti yakni kata kerja.

3. Perhatikan dengan teliti gambar yang diberikan.Catatkan maklumat/kata kunci

yang terdapat dalam gambar.


Semasa Menjawab

1. Pilih maklumat-maklumat yang penting sahaja.

2. Kembangkan maklumat dalam membentuk ayat yang sempurna

menggunakan kata hubung dan penanda wacana..

3. Ayat yang dibina mestilah tentang apa yang terdapat dalam gambar dan

tersurat.

4. Calon dilarang menulis pandangan peribadi tentang gambar.

5. Ayat-ayat untuk gambar bersiri hendaklah mengikut nisbah yang sesuai iaitu

seimbang mengikut nisbah gambar.

6. Ayat perlu dinomborkan : 1 - 5.

7. Boleh diberikan watak pada gambar.

8.Jangan menulis lebih daripada 5 ayat.


Selepas Menjawab

1. Baiki tulisan yang tidak jelas.

2. Semak Imbuhan/ejaan/tanda baca terutama huruf besar pada permulaan ayat

dan tanda noktah pada akhir ayat.

3. Semak struktur ayat.

4. Pastikan tiada kesilapan pada bahagian ini untuk memperoleh markah penuh

(10 markah).

5. Jika siap awal berpindah ke bahagian lain untuk menjimatkan masa.

Wednesday, January 11, 2012

Soalan Pemahaman Tahun 6 12 januari 2012

Soalan Pemahaman:

1.Apakah kraftangan yang dihasilkan oleh nenek Azli?

2.Apakah sumber kewangan penduduk kampung nenek Azli?

3.Apakah kraftangan yang menarik perhatian Azli di gerai tersebut?

4.Apakah contoh-contoh kraftangan yang dihasilkan oleh penduduk kampung?

5.Apakah perasaan Azli selepas melihat pameran tersebut.


Soalan pemahaman ( muka surat 9 dan 10 )

1.Bilakah Rosie Haslinda Nasir mula menceburi bidang penulisan?

2. Apakah tajuk novel yang ditulis oleh beliau semasa berusia 15 tahun?

3.Apakah contoh-contoh hasil karya Rosie Haslinda Nasir?

4.Apakah kelulusan beliau?

5.Siapakan Shabri Saad?

6.Di manakah Shabri Saad melanjutkan pelajaran?

7.Apakah pengiktirafan yang diperolehi oleh beliau?
8. Apakah kelulusan Robitah Zainudin ?

9. Di mana dan apakah jawatan bertugas sebelum memilih kerjaya petani moden?

10.Apakah kemenangan yang pernah diperolehi oleh beliau?

KARANGAN JENIS FAKTA

Masalah Pembuangan Bayi
Masalah pembuangan bayi semakin berleluasa. Pada pendapat anda apakah faktor-faktor yang menyebabkan fenomena ini terus menular?

PENGEMBANGAN ISI (PERENGGAN PERTAMA)

A1)Antara faktor utama kepada berlakunya gejala ini ialah pegangan agama
yang semakin rapuh dalam kalangan remaja.(Apa)

A2)Hal ini berlaku demikian kerana mereka hanya belajar subjek agama
di sekolah sekadar hanya untuk lulus dalam peperiksaan.(Mengapa)

A3)Lantaran itu,mereka mudah tercebur kepada perbuatan mungkar kerana
tidak menghayatinya.(Kesan)

A4)Sebagai contoh, mereka mudah terpengaruh untuk melakukan zina
kerana tidak memikirkan kesan daripada perbuatan mereka itu dan
akhirnya membuang bayi yang dilahirkan itu di merata-rata tempat.
(Contoh)

A5)Sememangnya pegangan agama yang kuat menjadi benteng daripada
terjerumus dalam kegiatan yang tidak bermoral ini.
(Penegasan)

KARANGAN JENIS FAKTA

Dalam era globalisasi ini, media massa merupakan media yang amat penting dalam kalangan masyarakat. Namun, terdapat pelbagai keburukan yang berpunca daripada media massa yang dapat memberi kesan negatif kepada kehidupan kita.

Antaranya ialah media massa sering menyebabkan kita leka akan perkara yang lebih penting. Tamsilnya, seorang ibu terlupa untuk memasak ketika menonton televisyen.

Selain itu, media massa juga sering mendedahkan perkara yang tidak sepatutnya ditonton oleh kanak-kanak seperti filem-filem yang berunsurkan keganasan . Sebagai contoh, kanak-kanak yang berumur sepuluh tahun amat meminati peperangan kerana terpengaruh dengan rancangan televisyen yang ditayangkan.

Di samping itu, media massa juga banyak menyebarkan gosip yang tidak diketahui akan kesahihannya. Hal ini untuk menaikkan kadar tontonan bagi mendapatkan keuntungan yang lebih banyak.
Konklusinya, terdapat banyak keburukan media massa. Kita perlulah sentiasa berwaspada agar tidak leka dengan perkara-perkara sebegini.

PENGGUNAAN PENANDA WACANA

Penanda wacana - permulaan karangan

a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,

Penanda memulakan isi baharu

a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,

Penanda huraian isi karangan

a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila

Penanda memberi contoh dalam karangan

a) Sebagai contoh,
b) Tamsilnya,
c) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
d) Antaranya adalah seperti
i) Hal ini timbul apakala

Penanda menghuraikan contoh

a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,

Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza

a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,

Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa

a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............

Penanda menutup isi

a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,

Penanda memulakan perenggan penutup

a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,

TEKNIK DAN CONTOH KARANGAN SYARAHAN

Teknik Penulisan

a)Syarahan boleh ditulis seperti karangan jenis rencana, perbincangan dan perbahasan

b)Syarahan dimulai dengan kata alu-aluan sebagai tanda hormat kepada Tuan Pengerusi Majlis, para jemputan khas dan audiens.(Jika untuk pertandingan perlulah ditulis para hakim yang arif lagi bijaksana selepas Tuan Pengetua)

c)Nyatakan tajuk syarahan yang ingin anda sampaikan

d)Hanya 1 isi dimuatkan dalam 1 perenggan

e)Selitkan unsur-unsur peribahasa, humor, kata-kata hikmat supaya penulisan tidak menjadi kaku dan membosankan

f)Anda perlu menyebut Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, hadirin sekalian, atau sidang hadirin sekurang-kurangnya 3 kali

g)Akhiri syarahan dengan kesimpulan yang menyeluruh dan memohon maaf kepada para hadirin jika terdapat ketelanjuran kata dalam syarahan tadi

Contoh pendahuluan (dimulakan dengan pantun)

Cahaya matahari menyilau mata,
Rasa pedih berusaha menahan;
Lafaz bismillah pembuka kata,
Gelanggang syarahan saya mulakan.

Contoh Pendahuluan:

Assalamulaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum,barisan para hakim yang arif lagi bijaksana,guru-guru, dan rakan-rakan sekalian.Hadirnya saya di pentas yang indah ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘Unsur-unsur Budaya Barat Membawa Kesan Buruk Terhadap Cara Hidup Masyarakat Timur’.

Contoh Pengolahan Isi:

Hadirin sekalian,

Dewasa ini ramai artis popular daripada barat dijadikan idola oleh remaja kita.Tambahan pula,media massa di negara kita sering mensensasikan kehidupan artis tersebut. Natijahnya,cara pemakaian yang seksi serta menjolok mata menjadi ikutan.Sebagai contoh, artis Britney Spears yang terkenal dengan cara pemakaian yang seksi dan menjijikkan sering menjadi ikutan para remaja. Sebagai masyarakat yang kaya dengan adab ketimuran, mereka tidak seharusnya menjadikan golongan artis barat ini sebagai idola mereka.

Penutup:

Sebelum kaki melangkah pergi,sebelum kata penutup bicara, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa masyarakat Timur haruslah sentiasa memelihara budaya kita sendiri agar tidak terpinggir oleh budaya Barat. Saya juga ingin memohon jutaan kemaafan kepada para hadirin sekalian atas segala ketelanjuran kata.Sekian, terima kasih.

KARANGAN JENIS PERIBAHASA

CONTOH 20-KARANGAN PERIBAHASA(TEKNIK CERITA)
SOALAN:Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa ‘Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’.

Haizam seorang anak yatim. Bapanya meninggal dunia semasa dia berusia 10 tahun. Ibunya, Puan Mina pula lumpuh sebahagian daripada tubuhnya akibat diserang angin ahmar kira-kira dua tahun yang lalu.Haizam mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Najwa Amira.Adiknya berumur sembilan tahun. Lantaran kemiskinan dia terpaksa berhenti sekolah semasa berada dalam tingkatan empat walaupun mendapat tentangan daripada ibunya.

Berbekalkan sedikit wang simpanan arwah ayahnya, dia mula berniaga secara kecil-kecilan. Pada mulanya dia menjual air di tepi jalan besar berdekatan dengan rumahnya tetapi kurang mendapat sambutan.Namun, dia tidak berputus asa. Dia mencuba pula menjual buah-buahan yang diambilnya daripada Pak Karim, seorang peraih buah di kampungnya.Malangnya keuntungan yang diperolehnya tidak setimpal dengan usaha yang telah dilakukannya.

Haizam sering termenung memikirkan masa depannya. Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk mencari pekerjaan di di bandar yang terletak berhampiran dengan kampungnya. Dia kemudiannya diterima sebagai pencuci pinggan mangkuk di sebuah restoran yang terkenal di bandar itu. Oleh sebab kerajinannya, dia telah dinaikkan pangkat sebagai pelayan di restoran tersebut.

Kini, sudah hampir lima tahun dia bekerja di restoran itu. Dia begitu gembira bekerja di situ kerana majikannya seorang yang bertimbang rasa, pemurah dan tidak lokek berkongsi ilmu dengannya.Dia juga telah belajar memasak masakan Timur dan juga Barat daripada chef masakan di situ. Banyak pengalaman yang ditimbanya semasa bekerja di situ. Bagi menjamin masa depannya, pada setiap bulan dia akan menyimpan sebahagian daripada pendapatan yang diterimanya ke dalam bank.Dia juga bercita-cita untuk memiliki restorannya sendiri suatu hari nanti.

Berbekalkan pengalaman dan juga wang simpanan yang dia miliki, dia telah mengusahakan sebuah gerai makanan menjual lauk-pauk secara kecil-kecilan. Oleh sebab makanan yang disediakan begitu sedap sekali, gerainya mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelanggan.Dari sebuah gerai yang kecil, dia telah menyewa sebuah bangunan untuk dijadikan restoran. Akhirnya, perniagaannya telah berkembang maju dan dia telah membuka beberapa cawangan di sekitar bandar tersebut.

Bak kata pepatah Melayu ’Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’.Begitulah apa yang berlaku dalam kehidupan Haizam, daripada seorang pemuda yang tiada berharta,kini mempunyai kemewahan yang dicapainya melalui usaha yang tidak pernah kenal erti putus asa.

CONTOH KARANGAN KEPERIHALAN

CONTOH 11-KARANGAN KEPERIHALAN/GAMBARAN
Karangan Keperihalan/Gambaran

Pada musim cuti yang lalu, anda telah berpeluang menyertai Kem Motivasi Diri yang dianjurkan oleh sekolah anda. Ceritakan pengalaman anda itu.

Pada cuti persekolahan yang lalu, saya telah berpeluang mengikuti Kem Motivasi Diri anjuran Kelab Bimbingan Kerjaya dan Kaunseling sekolah saya. Seramai 50 orang pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima mengikuti kem tersebut. Aktiviti yang dijalankan selama tiga hari itu telah diadakan di Kem Motivasi Lanchang,Merlimau.

Pada hari pertama, setelah memasang khemah, semua peserta mendengar taklimat daripada Cikgu Azizan. Selaku guru penasihat, Cikgu Azizan telah menerangkan aktiviti yang akan dijalankan. Beliau berharap agar pelajar dapat membina jati diri dalam menghadapi cabaran sebagai remaja menerusi aktiviti yang akan dijalankan nanti.

Pada malamnya, sebuah kertas kerja yang bertajuk ‘Remaja Kini dan Cabaran’ telah disampaikan oleh Dr.Fadley, pensyarah daripada Universiti Putra Malaysia(UPM). Kertas kerja tersebut mengajak peserta berfikir secara positif dalam menempuh cabaran yang mendatang. Ramai pelajar teruja dan memberi respons yang baik terhadap pembentangan tersebut.

Akiviti yang paling menarik sekali adalah pada hari kedua. Bagi membina ketahanan diri, aktiviti merentas hutan dan mendaki bukit dijalankan. Peserta telah dibahagikan kepada sepuluh kumpulan dan setiap kumpulan diberi peta perjalanan dan sebuah kompas. Setiap kumpulan diminta mencatat nama tumbuh-tumbuhan, unggas, dan anak sungai yang ditemui.Aktiviti tersebut berakhir dengan jayanya walaupun terdapat peserta yang mengalami kecederaan kecil akibat terjatuh semasa mendaki bukit yang agak curam.

Pada sebelah malamnya pula, diadakan persembahan kebudayaan daripada setiap kumpulan. Ada yang mengadakan persembahan Dondang Sayang, Boria, Dikir Barat dan sebagainya.Kumpulan saya mengadakan persembahan pencak silat dan mendapat tepukan yang gemuruh daripada peserta yang lain. Tanpa disangka-sangka juga hadiah telah diberikan kepada kumpulan kami oleh pihak penganjur kerana telah membuat persembahan yang paling mencuri hati peserta yang menontonnya.

Pada hari ketiga, tepat jam 9.00 pagi setelah selesai bersarapan dan mengemas beg dan peralatan, kami telah dibenarkan pulang dengan menaiki bas yang disewa khas oleh pihak sekolah.Kami berasa sungguh gembira.Walaupun aktiviti yang dijalankan mengambil masa yang singkat, tetapi sekurang-kurangnya dapat membina keyakinan para peserta untuk menghadapi cabaran hidup yang bakal menjelma nanti.

Apa itu satu Malaysia

SEJARAH MENJANA 1MALAYSIA!

1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Pengertian ini bertunjangkan hasrat untuk mencapai status negara maju. Syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyatnya bersatu padu. Formula 1Malaysia digagaskan daripada dua aspek utama. Aspek pertama ialah penerapan Teras-Teras Perpaduan dan aspek kedua adalah berdasarkan penerapan Nilai-Nilai Aspirasi. Teras-teras perpaduan mencakupi tiga perkara utama iaitu pertama, sikap “penerimaan” antara semua kaum dan rakyat Malaysia; kedua, prinsip-prinsip kenegaraan berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan rukun negara; dan ketiga adalah keadilan sosial. Teras-teras perpaduan ini pula didokongi oleh nilai-nilai murni yang perlu menjadi sebahagian dari budaya hidup rakyat Malaysia termasuklah nilai-nilai seperti hormat menghormati, tawadhuk, kesederhanaan dalam tingkah laku dan tutur kata serta kebijaksanaan dalam sebarang keputusan dan tindakan. Aspek kedua formula 1Malaysia pula menekankan elemen-elemen yang perlu menjadi amalan mana-mana masyarakat yang ingin berdaya maju dan berjaya. Elemen-elemen tersebut merangkumi budaya kecemerlangan dalam melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab; budaya ketepatan dari segi menghormati waktu dan meningkatkan kecekapan; keberanian untuk berinovasi dan meneroka peluang-peluang baru; meritokrasi dalam memberikan tugasan kepada yang paling layak melaksanakannya berlandaskan undang-undang dan dasar negara; kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada tanah air tercinta; ketabahan dalam mengharungi sebarang cabaran yang mendatang dan integriti dalam segala urusan dan transaksi. Pembudayaan nilai-nilai aspirasi ini akan menyerlahkan masyarakat Malaysia yang berwibawa, dihormati dan disegani, bersesuaian dengan identiti sebuah negara bangsa yang maju dan berjaya.

Tuesday, January 10, 2012

Karang: Hobi saya

Hobi saya ialah membaca buku. Saya suka membaca pelbagai jenis bahan bacaan yang informatif seperti surat khabar'buku-buku yang berunsur pengetahuan dan pelbagai majalah yang menyajikan berbagai-bagai maklumat tentang sesuatu yang belum saya ketahui.

Saya gemar membaca kerana saya cinta akan ilmu. Tambahan pula' ubu bapa saya memang mengalakkan saya membaca sejak dari kecil lagi.Saya bangga mempunyai ibu bapa yang sangat prihatin pada minat dan kesukaan saya. Tidak keterlaluan sekiranya saya mengatakan bahawa saya mengikut jejak kedua-dua ibu bapa saya yang rajin membaca. Mereka bukan sahaj membelikan saya majalah yang berunsur pengetahuan malah serung membawa saya ke pameran buku. Mereka memberi kebebasan kepada saya untuk memilih majalah atau buku yang bermutu dan informatif.

Saya juga gemar membaca kerana saya menanam cita-cita untuk menjadi guru. Untuk menjadi guru yang baik,kita haruslah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas.Ilmu tersebut sudah tentu akan dimanfaatkan oleh murid-murid kita. Guru yang berpengetahuan luas sudah tentu dihormati dan sentiasa disayangi oleh murid-muridnya.

Sesungguhnya banyak kebaikan yang diperolehi dengan membaca. Perkara yang tentunyaa kita sentiasa dapat ialah maklumat terkini tentang sesuatu perkara disamping dapat menambahkan ilmu penegtahuan dalam pelbagai bidang. Selain itu,masa kita juga terisi dengan melakukan perkara yang berfaedah. Dengan itu,tidaklah kita terjerumus ke dalam kancah sosial yang memudaratkan hidup kita.

Oleh itu,saya ingin mengingatkan rakan seperjuangkan agar memilih hobi yang baik dan mendatangkan faedah. Kenalilah dan ketahuilah kelebihan dan bakat yang ada pada diri kita. Puoukkan bakat yang ada dan berazam untuk berjaya.

Rangka karangan "melawat ke pameran kraf tangan"

Rangka karangan
Pendahuluan:
-bila berkunjung
-dimana diadakan
-apa yang ada di tempat tersebut

isi 1:
-gerai mana yang mula dikunjungi dan apa yang ada di gerai tersebut
-apa perasaan anda
-siapa yang menghasilkan kraf tersebut.

Isi 2:
-gerai mana lagi dikunjungi
-apa yang dilihat dan dijual
-apa yang anda buat digerai tersebut

Isi 3
-gerai mana lagi yang dikunjung
-apa yang dilihat
-apa perasaan anda

Isi 4
-apa lagi yang dilihat dan aktiviti yang dijalankan di tempat tersebut
-apa aktiviti yang anda serta keluarga anda lakukan

Penutup:
-membeli banyak barang
-balik sebab penat
-menolong ibu dan ayah mengangkat barang
-apa perasaan dan harapan.

Sunday, January 1, 2012

Sekolah bermula...

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sekolah akan dibuka.Bermula lembaran baru aku menatapi wajah baru anak didikku yang akan menduduki upsr.Setelah melihat tov yangku buat analisis,jelas murid tahun ini tidak ada bezanya dengan tahun lepas.Tipis untuk mengenggam kecermerlangan kecuali dengan usaha yang kuat.Untuk bahasa melayu aku akan buat kajian tindakan setiap bulan dan akan mengadakan ujian setiap bulan bagi mengesan kelemahan ketara murid murid.Ya Allah,permudahkan usahaku dan bukalah mata dan hati anak didiku untuk belajar lebih rajin.Apa yang penting diharapkan tahun 2012 adalah yang terbaik dari tahun 2011.Kebanyakan kerjaku untuk tahun 2012 hampir 70 telahku siapkan.Hanya penambahan dan pengurangan sahaj yang perluku lakukan.Maklumlah kerja dengan manusia....banyak yang berubah.

Azam tahun 2012

Seperti semua orang setiap kali menjelang tahun baru pasti akan menyimpan dan menanam azam.Tidak kurang untuk diriku sendiri sebagai langkah memperbaiki diri agar lebih baik dari semalam.Apa yang pasti aku ingin berjaya dan terus berjaya dalam setiap bidang yang aku ceburi.Menjadi guru yang baik dan bertanggungjawab,cekap dan pantas serta teliti,menjadi isteri yang baik buat suamiku dalam semua aspek,menjadi anak yang baik kepada ibubapaku,menjadi kakak yang baik untuk adik adikku,menjadi ibu yang baik buat anak anakku,menjadi pekerja yang baik untuk majikkanku dan yang paling penting menjadi yang terbaik untuk diriku sendiri.Tidak lupa menjadi hamba yang gaik untuk Allah yang maha esa.Amin......